Want your
own Fotopage?








 
effieza's FotoPage
Lilypie 2nd Birthday Ticker
By: effieza mohd shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 11-Apr-2009 14:30 Email | Share | | Bookmark
@ CheekyMonkey Saloon

Bila nak start nih?
sreett....
sreett....
Best plak dok kat
Bumbo Seat nih..
dah ke blom, Mummy?
Leka betul dengan mainan di CheekyMonkey
Blom, sikit lagi...
Final touch..
View all 12 photos...


[b]Last Saturday kitorang turun KeyEll. Sebab musababnyer dah lamer tak balik KeyEll since dah migrate ke Putrajaya ni... memanjang bz jek..!!

Gi Melawati beli barang-barang untuk preparation my Brother nyer ngagement 9hb Mei nih... aku kat tukang buat angah nyer hantaran n sponsored barang2 hiasan hantaran... so aku selesa beli kat one shop nih. Memang since aku nyer zaman tunang, kawin sampailah ke saper2 nyer hantaran yang aku sponsered sedulang dua tuh... kebanyakannyer aku dapatkan barang kat sini. "WHITE PETAL SHOPPE".

Pastu kitorang menyinggah jap kat GIANT PERMATA jumpa makcik aku yang keje SECURITY kat situ... kebetulan lak sorang lagi makcik aku yang keje SECURITY kat INTERNATIONAL SCHOOL KUALA LUMPUR tu pun ader datang shopping kat HARI HARI... so peluang tu tak lah disia-siakan.. lamer tak jumpa diorang RINDU.....(diorang ni adik-adik arwah mak aku..) Bawa Afeeqah jumpa Opah2 sedara dia....

Then kitorang gerak ker Great Eastern Mall. Muahaha....bawa Afeeqah melalui saat2 ditransformasi...

"CheekyMonkeySaloon" itulah destinasi yang dituju... dulu kakak dia yang salu gunting rambut kat sini tapi dah besar takut... so dia bantai main jek sambil adik dia melalui detik2 transformasi..!! [b]

>> nama saloon ni glamour betul...
>> cheeky monkey...
Tue 14-Apr-2009 17:08
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lain mcm nama saloon nie..... ..maafla dah lama tak contact ko, aku mcm biasa tapi masih lagi terasa kehilangan arwah anak aku "AMMAR ZHARIF"....cute nye baby feeqah di transformasikan... Wed 22-Apr-2009 05:37
Posted by:anie
Add comment


Thursday, 9-Apr-2009 07:56 Email | Share | | Bookmark
Meniarap dah dak Afeeqah

Ish...ish...
yargh..yah...ye....
Usaha Tangga Kejayaan
Muka baru pas makan ubat "cool"
Member kat Taska yg same name Afikah Umaira


[b]Alhamdulillah praise to Allah Almighty....

Semalam my little girl dah start meniarap. Dah pandai guling2.... tapi belom pandai nak lawan balik lepas dah meniarap... maknanya kalau dah meniarap hingga agak2 penat dan boring dia akan nangis soh kita alih dia....

Wutever... tapi progress dia memang cepat to my observation...kebetulan lak malamnyer pas Isya' Atuk, Pakngah & makngah dia datang... so dia pun asyik guling2 meniarap...la kerjanya nak tunjuk kat Atok dia....yang baru balik dari Kuantan & on the way to Seremban...(menyinggah jap tengok cucu...dua orang tu..) [b]

wahh.. dah tunjuk skill dah afeeqah.. good.. sikit ari lagi ngesot yer.. pastu tlg mummy lap lantai umah tu Sat 11-Apr-2009 14:01
Posted by:@ties
>> dah semakin besar tu...
>> tak lama dah boleh duduk pula...
Sun 12-Apr-2009 15:15
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Wednesday, 8-Apr-2009 03:31 Email | Share | | Bookmark
Routine

Nur 'Ain 'Aqeelah aku hantar kat Children Islamic Center (CIC) Presint 11 so seharian la dia kat situ dari kul 7.30 pagi till 6 petang.

Nur 'Ain Afeeqah aku bawa ke ofis and letakkan dia kat Taska MoF. So, senang pagi and tengahari aku nak nyusu kan dia...maklumlah fully breast feeding. Lagi kuat lah kitorang nyer ikatan ibu & anak...



So routine Feeqah pagi2... ikut aku naik ofis punch card dulu.. sementara tunggu aku packing barang mana yang nak bawa turun ke taska, aku letakkan dia kat atas meja aku... atas meja tu aku letak frame gambar anak2... so everyday and dah jadi routine Feeqah bercakap dengan gambar dia kat dalam frame tu... muahaha...

Add comment


Wednesday, 1-Apr-2009 03:03 Email | Share | | Bookmark
Gelagat my milky creamy princesses...

 
 
 
View all 12 photos...
Kini 'Aqeelah dah 2 tahun 2 bulan dan Afeeqah 3 bulan... hai membesar bagai johan kedua-duanya... tunggu sikit lagi adik dia pandai main pergh... mesti lagi rancak projek2 khas yang diorang akan buat... sekarang ni kakak Qeelah main sorang-sorang sambil dibantu oleh adik dia.. alah bukan buat apa pun si kecik tu.. tukang mengiyakan apa yang akak dia buat! Tukang gelak bila akak di mengagah... dah pandai tegur orang... ajak borak... sekarang dah nak mengereng...

Yang best tu, 'Aqeelah pandai gak jeles ngan adik dia... kalau nak tido kena tepuk dua2.. kalau pakai baju nak ala2 ngan adik dia.. sama color pun jadi.. pastu kalau beli baju kat online tu kena beli untuk dia gak.. time aku bukak parcel dia mesti ada tercongok kat depan aku. Nanti dia kata cam ni.."eee.... cantiknya!" "Mummy cantiknye.." "Qeelah punye, mummy?" "Bukan, ni adik Feeqah punyer..." "Bukan! Qeelah punyer... cantiknyer..." Ha... tu yang tak tahan dan tak larat tu... so kena beli untuk kedua-duanya..

muka afeeqah same ngan kakak la.. Thu 9-Apr-2009 07:37
Posted by:@ties  - [Link]
Add comment


Sunday, 1-Feb-2009 02:29 Email | Share | | Bookmark
Kini aku bergelar KAKAK!!

Sayang adik Feeqah
 
 
View all 11 photos...

Alhamdulillah... saat-saat berpantang telah berakhir. 'Aqeelah pun dah mula menerima kehadiran seorang adik dalam hidupnya. Bangun pagi aje tanya adik dulu.." Mana adik Feeqah?" Kalau adik dia tido... semua kena senyap tak boleh bising... kalau bising dia kata cam ni.."ssshhh.......(sambil jari telunjuk diletakkan di bibir) adik Feeqah shleep..(pelat)" Kalau adik dia nangis cepat2 dia panggil "Mummy...mummy...adik nangish!".... sementara menunggu aku, dia tepuk2 adik dia sambil kata "adik.. diam jangan nangish... wait adik... wait.." alah pandainya dia menjaga adik dia. Semoga sampai ke besar nanti pandai menjaga adik2...insya'allah.

Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 15:15 Email | Share | | Bookmark
New Entry for Our New Baby Gals

Wajah yang menyejukkan...
berat 2.65 kg
Nur 'Ain Afeeqah
View all 6 photos...
Alhamdulillah aku panjatkan pada Illahi di atas kurniaan rezeki yang ke-2 ini. Tak dapat aku nak kongsi dengan semua bagaimana aku melalui hari2 sepanjang mengandungkan baby yang ke-2 ini. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui dan semuanya berlaku di atas kehendak-Nya.

Bagaimana aku diduga oleh Pegawai Atasan ku ketika aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang makan gaji... bagaimana aku di uji oleh Tuhan ketika mengandung terpaksa bermalam di Hospital menjaga anak sulung ku; 'Aqeelah yang diserang asthma... Semoga semangat, kecekalan dan sifat kesabaran yang tinggi ini mengalir dalam diri anak yang aku kandung ini... itulah doa yang selalu aku panjatkan pada Allah ketika diuji dengan pelbagai rintangan.

Aku dijangka bersalin pada 8 Disember 2008 tapi tiada tanda-tanda untuk melahirkan sehingga 10hb... aku telah bersedia apabila Dok mengatakan aku terpaksa diinduce pada 13hb jika tiada lagi tanda2 untuk bersalin, Beberapa hari menjelang 13hb, aku akui banyak membaca surah Yaasin dan Al-Mulk. Aku juga berikhtiar dengan minum banyak2 air Musoffa... dulu aku minum ketika dalam Labor Room tapi kali ini aku minum dengan berharap akan ada bukaan atau tanda2 melahirkan agar aku tidak dipaksa bersalin....aku tawakal..

Appointment dengan Dok pukul 11 pagi. So subuh lagi aku dah bangun... siapkan diri dan berdoa kepada Allah seperti ketika itu solat itulah solat yang terakhir bagi aku...itulah yang aku rasakan. Orang kata waktu melahirkan adalah satu perjuangan yang suci untuk seorang ibu... argh..!! Aku kumpul semangat.. aku siapkan 'Aqeelah yang ketika itu umurnya 1 tahun 10 bulan... masih tak puas lagi bermanja dengan ku...

Hubby membawa aku bersarapan di kedai mamak walaupun pagi2 aku dah bersarapan. Katanya untuk bagi kekuatan pada diri aku... aku iya kan sahaja..

Aku tenang ketika berada di dalam bilik Dok untuk diperiksa dahulu sebelum ke labor room... Dok membuat pemerikasaan bukaan ketika aku memberitahunya tiada sebarang rasa sakit...Alhamdulillah Dok kata dah ada bukaan 4cm walaupun tiada tanda sakit.. aku bersyukur kerana tidak perlu diinduce...

Ketika di labor Room, lidahku dibasahi dengan bacaan doa dalam perut ikan Yu dan surah 3 Qul... aku tidak mengerang atau menjerit seperti rakan di bilik sebelah.. ketika aku merasa sakit, aku genggam tangan dan tarik nafas perlahan2 dan panjang2... Jam 1 tgh aku merasa sakit sikit2... jam 1.30 kemutan nye semakin terasa... Jam 2.30 segala persediaan telah diatur.. Jam 3 dok datang dan aku memberitahunya aku dah tak tahan dan rasa nak terb**** dah... Dok minta aku menarik nafas panjang dan dia bersedia untuk menyambut....

"Wa........" Tepat 3.15 petang bertarikh 13 Disember 2008 seorang bayi perempuan selamat dilahirkan dengan 2 kali teran... ketika itu aku telah tercungap2 mencari nafas.. Dok meletakkan bayi di atas dadakudan menyuruh aku memeluknya... bayi itu menangkup di dadaku... kecil sahaja... berluluran dengan darah.. hilang rasa sakit ku... Tak henti2 lidahku mengungkap Allahuakbar..!!

Nur 'Ain Afeeqah Dua cahaya yang sangat suka bersedekah dan berpengetahuan. Insya'allah... itulah doa dan harapan seorang ibu untuk anaknya yang dikandung selama 9 bulan lebih...

Add comment


Wednesday, 1-Oct-2008 08:45 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Seremban 2, N.9

Daddy ngan Atuk
"Papa, mohon ampun maaf dari seorang anak"
Sayang banyak dari dulu, sekarang dan selamanya...
View all 12 photos...
Assalammu'alaikum to all....



Ini pic yg sempat diambil... takder gambar yg betul2 elok untuk diupload1

Memandangkan my dotter Nur 'Ain 'Aqeelah yang semakin membesar dan semakin banyak autanya dan terlampau banyak idea yang nak dikongsi...

Almaklumlah rayer this year dia conqueror sorang... next year nyer rayer insya'allah dia jadi leader.."Sargeant Sounders".....

Untuk semua kengkawan dari kami sekeluarga "Selamat hari Raya Mohon Ampun dan Maaf Zahir dan Batin....."


Assalamualaikum...
effieza..ingat tak sapa ni.. ainon...murid srk taman keramat dulu.. huhuhuhuhu...rindunya kat effieza..
kalau ni lah effieza mohd sharrif ka
Tue 7-Apr-2009 05:42
Posted by:Ainon Zunairah bt Ahmad Faizul
Ainun! Yes this is your old friend from Keramat.... Almost 17 years tak jumpa.... How's life? Nanti ek kita up date yg baru... sekarang dah ada 2 dotter... Wed 8-Apr-2009 01:26
Posted by:effieza
kita email kat awak dah..............
kita ada 2 children............ married to a nice man...
a boy and a girl......now staying in kedah............
anytime please do come and visit kedah............
Sat 2-May-2009 14:03
Posted by:ainon
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 5-Aug-2008 07:43 Email | Share | | Bookmark
Expecting a new baby into our life..


Selamat Berpuasa Mummy Oja & Aqeelah Tue 2-Sep-2008 01:47
Posted by:@ties  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Apr-2008 04:00 Email | Share | | Bookmark
Meeting Bajet @ Pulau Redang, Terengganu 14-15/04/08

Pemandangan yang indah..
Kat sini la Filem Hong Kong yang Sammi Cheng berlakon...
Antara yang bermesyuarat
View all 12 photos...
Ni meeting yang terakhir dan ini jugaklah yang terakhir aku keluar jejauh... inipun aku tak bagitau bos aku yang aku di awal "kehamilan".... kalau tak, mahu dia tak bagi aku gi... ialah naik bot, kapal, snorkeling... mencandat sotong lagi...

Alhamdulillah semuanya aku lalui dengan selamat.. takde muntah2 or loya2 or pening2...

Pulau Redang memang lawa! Batu karang pun lawa! Kalau sapa nak gi honeymoon... datang la Pulau Redang..!!

oo ni mama qeelah ye..anak kita senama kan...wah sernoknya jenjalan kan...kita lum brkesempatan nak bawak aqilah makan angin..tunggu dia besar sikit laa... Fri 18-Apr-2008 06:57
Posted by:mAmA aQiLaH @ puteri_satu  - [Link]
waaa.. bestnyerrr... bile la dpt gi redang. yg syiok dpt candat sotong tuuu... Mon 21-Apr-2008 00:37
Posted by:@ties  - [Link]
ingin bercuti ke pulau redang serendah rm150 sebilik ?

dapatkan maklumat di http://promosihotel.blogspot.com/
Fri 5-Sep-2008 07:38
Posted by:mat cantik
View all 6 comments Add comment


Saturday, 12-Apr-2008 03:16 Email | Share | | Bookmark
Taking a ride to Port Klang using Public Transport

First time naik Bas..
Dari naik sampai turun pegang cermin...
Ni naik komuter plak..
View all 8 photos...
Tahu tak... last Saturday boring dok umah... bukan aper tomorrow dah nak terbang to Pulau Redang, ader Bajet Meeting untuk yang terakhir kalinyer... So, kesian 'Aqeelah asyik kena tinggal ngan Daddy kat umah.

Tengahari tu about 1.30pm after zohor aku bawa la Nur 'Ain 'Aqeelah jejalan... ingat nak naik cab, alah dah salu naik keta so aku bawak la my sweet little daughter naik Bas Rapid KL.. kemain suker..!

Sampai Jelatek Station, baru beli tiket aku terbau... 'aqeelah dah buat "kueh" daa.... Sebelum menghangatkan suasana dalam tren ngan bau "kueh" dia.. aku pun tukar la pampers dia kat toilet.

Sampai KL Sentral terus amik komuter ke port klang... Daddy dia tunggu kat saner kul 4.30 so ader masa r.. Komuter pun petang tu delay.. Nak jadi citer mata yang kuyu nak tido tu... tengok ramai orang dah tak jadi tido... sampai kat klang agak tak ramai orang dah... dia pun turun kusi nak jalan.. adush risau tol..!!

Sampai kat Port Klang... daddy dia tak sampai lagi, so aku gerak gi KFC.. lapar da.. order nasi ayam! 'Aqeelah leka tengok burung merpati yang ader banyak kat KFC tu... Dah habis makan, siap kejar Merpati lagi.. anak....oh anak......

Bukannyer aper... bawa dia jalan sekarang sementara adik dia yang dalam perut ni yang baru berusia 7 minggu ni.... membesar! Nanti dah tak larat nak dukung dia... one more thing, my Nur 'Ain 'Aqeelah lately memang manja sangat ngan aku....

mmg la oja. mencabar keimanan kadang kemanjaan diorg ni. lagi² time nk dpt adik ni kan. dania pun cemtu, boleh hilang sabar kalo diikutkan hati. nak bekepit je.. mengamuk tak tentu pasal Mon 21-Apr-2008 00:41
Posted by:@ties  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com